Monday, 22 April 2013

bujang senang



Bujang Senang : Monster of Sarawak River.!!
(jerita tu diambi ari google)


Bujang Senang adalah merupakan seekor
buaya hitam putih gergasi yang telah hidup
pada zamannya di sepanjang Sungai Batang
Lupar di Sri Aman.

SERANGAN buaya terkini yang dilaporkan di
Sarawak sejak akhir-akhir ini adalah satu
tragedi yang biasa berlaku sejak 1940-an
lagi. Sarawak bumi Kenyalang terkenal
dengan keganasan buayanya sejak
serangan yang terakhir Bujang Senang pada
tahun 1992 yang menjadi lipatan sejarah
Sarawak. Kemunculan buaya pemangsa
terbaru, Bujang Seblak mengikut mentornya
yang terdahulu iaitu Bujang Senang , Bujang
Samarahan dan Bujang Tisak adalah seekor
buaya gergasi hitam yang kini dipercayai
masih menganas dan terus memburu
mangsanya di sepanjang Sungai Seblak.
Memandangkan tiada maklumat terperinci
tentang Bujang Seblak ini maka ada lebih
baiknya kita meneropong kembali sejarah
kehebatan buaya terdahulu iaitu Bujang
Senang sekiranya kita ingin mengetahui
lebih mendalam tentang Bujang Seblak yang
kini telah membunuh 3 orang sejak tahun
2007.

Ketika Bujang Senang menganas dahulu,
pelbagai versi cerita tentang buaya ini
boleh kita dengar dari pelbagai lapisan
masyarakat di Sarawak pada masa itu.
Itulah Bujang Senang. Saya masih ingat lagi
pada tahun penghujung tahun 1984 sewaktu
saya pada masa itu berumur 12 tahun
bersama-sama dengan adik-beradik saya
yang lain menaiki kapal Rajah Mas dari
Kuching ke Sarikei kerana mengikuti ayah
saya berpindah ke sana. Untuk makluman
menaiki Rajah Mas ke Sarikei mengambil
masa 12 jam untuk sampaii ke destinasi
dengan bayaran RM10.00 setiap orang.

Apabila cerita tentang kehebatan Bujang
Senang ini disampaikan kepada saya sedikit
sebanyak telah mengerunkan jiwa saya
kerana diberitahu buaya ini adalah sebesar
sebuah bas express dan sekiranya ia mahu
ia boleh melibas Rajah Mas dengan ekornya
sahaja dan memakan semua isi di dalam
Rajah Mas ketika itu. Ia juga digambarkan
mempunyai sepasang mata yang besar dan
merah menyala dan boleh dilihat 1
kilometer jauhnya.
Perjalanan yang jauh ini
diselubungi dengan cerita Bujang Senang
menyembabkan saya tidak dapat tidur lena
sehinggalah saya sampai ke destinasi.

Legenda Bujang Senang yang cuba dikuti
kembali oleh Bujang Seblak mempunyai
cerita yang pelbagai versi bagi
mencantikkan kehebatannya. Terdapat
mitologi Iban mengenai Bujang Senang. Ia
dikatakan jelmaan dari seorang lelaki yang
dikenali sebagai Simalungun, mengikut
cerita dari orang-orang lama, Simalungun
telah dibunuh dan seterusnya menjadi
gergasi legenda buaya putih yang mendiami
Sungai Batang Lupar di Sri Aman Sarawak.
Sejak dari hari itulah dia telah bersumpah
bahawa dia akan mengganas semua
keturunannya. Adalah dipercayai
Simalungun aka Bujang Senang ini telah
menganas sejak 50 tahun (1941-1992)
sebelum menemui ajalnya.

Bujang Senang
adalah dari spesis CROCODYLUS POROSUS
berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai
jalur putih di belakangnya. Adalah
dipercayai lebih kurang 100 orang telah
jatuh ditangannya sepanjang beliau
bermaharajalela di Batang Lupar. Mangsa
terakhirnya pada 22 mei 1992, seorang
gadis Iban, Dayang anak Bayang dibunuh
di Sungai Pelaban , satu lagi anak sungai
Batang Lupar berhampiran Lingga di
Bahagian Sri Aman, Sarawak, Malaysia.
Buaya ini yang kemudiannya menjadi
legenda telah ditembak mati oleh beberapa
penembak tepat polis dan pemburu Iban
selepas meburunya selama empat jam. Ia
adalah buaya yang terbesar dan tertua yang
pernah ditangkap di kawasan itu. Tulang
rahang Bujang Senang telah disimpan di
Jong Crocodile, Miri Sarawak.

Cerita awal tentang keganasan Bujang
Senang ini bermula pada tahun 1982
sewaktu saya masih darjah 4 di SRB ST.
Joseph Kuching apabila reptilia itu
membaham Penghulu Bangan dari Rumah
Panjang Pali di Sri Aman, Sarawak. Pada
masa itu, Penghulu Bangan bersama
abangnya Kebir sedang asyik menangguk
udang di Sungai Sungga, cabang Batang
Lupar sebelum dia terpijak sesuatu di dasar
sungai.
Sepantas kilat, seekor buaya besar
timbul dengan tubuh Penghulu Bangan di
rahangnya. Kebir yang dari tadi memerhati
dari tebing terus terjun dan memeluk ekor
buaya itu demi menyelamatkan adiknya
tetapi tidak berjaya. Ketika itulah Kebir
menyedari buaya itu mempunyai belang
putih di belakangnya. Warna itu pula
kelihatan berkilau-kilauan.
Operasi mencari
mayat Penghulu Bangan berterusan selama
lima hari tetapi cuma bahagian atas mayat
lelaki itu ditemui. Berikutan itu, polis
Sarawak melancarkan Operasi Buaya Ganas
di semua sungai besar di negeri itu seperti
Batang Sadong, Samarahan, Lupar, Layar
dan Saribas.
Operasi itu gagal dan Bujang
Senang terus mengganas. Di antara tahun
1982 hingga 1991, sebanyak 13 orang
menjadi mangsa kebuasan Bujang Senang
walaupun mengikut cerita yang tidak dapat
disahkan ia telah menganas sejak tahun
1941 lagi.

Kejatuhan Bujang Senang berlaku pada
tahun 1992 dan saya masih ingat lagi
ketika itu saya berada di Kuching untuk
mencari peluang pekerjaan selepas
menamatkan pengajian saya di Institut
Teknologi Mara Cawangan Sarawak tanpa
segulung Diploma.
Pada Mei 1992, Bujang Senang menyambar
mangsa ke-14, Dayang anak Bayang, 20,
ketika gadis Iban itu menyeberang Sungai
Pelaban, cabang Batang Lupar bersama
ibunya.
Air Sungai Pelaban hanya sedalam
separas pinggang tetapi sebaik sahaja
ibunya naik ke tebing, tiba-tiba satu
deburan kuat menyebabkan Dayang hilang
daripada pandangan. Abang Dayang, Enie
Bayang dengan bantuan rakan-rakannya
segera membantu. Bersama mereka ialah si
bomoh Mandau yang tidak henti-henti
membaca mantera. Setelah lebih dua jam,
Enie menjumpai mayat adiknya yang masih
sempurna di celah-celah puing di salah satu
lubuk sungai itu.

Dengan tidak disangka, kelibat buaya itu
timbul semula di permukaan sungai.
Dengan pantas bak pahlawan Iban di masa
dulu, Mandau melemparkan lembing ke
kepala buaya itu namun lembing itu patah.
Beberapa das tembakan yang dilepaskan
Enie pula gagal membunuhnya. Buaya itu
lantas melarikan diri ke arah Batang Lupar
namun terhalang oleh sebatang kayu besar
yang merentangi mulut Sungai Pelaban.

Ketika itulah penduduk dari tiga buah
kampung iaitu Pelaban, Suduku dan Lingga
mengepungnya. Sebanyak 40 das
tembakan dilepaskan dengan 22
daripadanya tepat di kepala haiwan itu.
Semua tembakan itu menggunakan peluru
paku sepanjang 10 sentimeter. Akhirnya
buaya itu menemui ajal dan
bangkainyakemudian diangkut ke rumah
panjang yang mengambil mas empat jam
perjalanan dari tempat kejadian.
Pada
ketika itulah barulah disedari di belakang
buaya itu ada garisan putih. Penduduk
percaya itulah Bujang Senang yang
diperkatakan orang selama ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung, Kampung Lingga,
Awang Mahda Pengiran Mat mengesahkan
buaya yang dibunuh itu seekor buaya
jantan. Katanya, orang yang membelah
perut buaya itu menemui tulang dan
rambut yang tidak dapat dipastikan
kepunyaan manusia atau binatang, selain
timah dan tali nilon.
Buaya itu berukuran
5.46 meter (18.5 kaki) panjang dengan
lilitan perut 2.12 meter (6.9 kaki).
Berita kematian Bujang Senang itu
mengejutkan rakyat Malaysia selepas ia
disiarkan akhbar-akhbar arus perdana.
Malangnya bangkai buaya itu dibuang ke
sungai begitu sahaja. Hanya beberapa hari
kemudian kepalanya dikerat dan dibawa
pulang oleh seorang lelaki, Johnson Jong
untuk tatapan umum di ladang buayanya di
Siburan, Sarawak. Johnson, 65, percaya
buaya itu adalah Bujang Senang seperti
yang didakwa penduduk.
Itulah kali
pertama saya berjumpa dengan buaya yang
mempunyai jalur putih di belakangnya,
imbau Johnson yang membuka Ladang
Buaya Jong sejak tahun 1963 lagi. Katanya
kepada Jurnal, selepas kejadian 1992 itu,
tiada lagi serangan oleh buaya berjalur
putih berlaku di sekitar Batang Lupar.
Sementara itu, Kurator Sejarah Zoologi dan
Semula Jadi Muzium Sarawak, Dr. Charles
Leh berkata, sungai-sungai di Sarawak
sememangnya terdapat banyak sarang
buaya.

Mengikut sejarah, buaya sudah wujud sejak
lebih 160 juta tahun lalu. Jadi kewujudan
banyak buaya besar di Sarawak adalah
perkara biasa. Jalur putih di belakang
buaya yang didakwa Bujang Senang itu
berkemungkinan seekor buaya separa
albino, ujarnya.
Walauapa pun, masih ada
lagi orang yang mempertikaikan kesahihan
Bujang Senang sudah mati. Malah terdapat
masyarakat Iban di sepanjang Batang Lupar
percaya Bujang Senang masih hidup malah
bersaiz lebih besar. Oleh kerana itulah jika
pukat mereka terjerat anak buaya, mereka
akan melepaskannya sambil memohon
maaf.
Ini semua bagi mengelakkan kejadian
yang tidak diingini berlaku pada mereka
dan keturunan mereka..

No comments:

Post a Comment