Sunday, 29 September 2013

TRADISI SUKU KAUM IBAN DALAM AKTIVITI "NGAYAU" (HEAD HUNTER)


Suku Dayak seperti yang diketahui merupakan kelompok asli terbesar dan tertua yang telah mendiami kepulauan Borneo. Pada masa dahulu kala, suku dayak adalah sangat digeruni dimana suku dayak dipercayai telah mempraktikan satu tradisi yang dikenali sebagai "Ngayau" atau memburu kepala. Khas nya bagi eknik suku Iban dan suku kenyah merupakan dua dari suku Dayak yang memiliki adat ngayau. Ngayau merupakan aktiviti ekspedisi serangan yang dilakukan dalan adat tradisi suku kaum dayak Iban pada suatu masa dahulu. Pada mulanya ngayau dilakukan atau dimulakan daripada asal usul kaum dayak Mengayau iaitu salah satu daripada kaum yang tinggal di kalimantan Barat Indonesia. Pada tradisi ngayau yang sesungguhnya adalah tidak lepas daripada aktiviti pemenggalan kepala manusia dari pihakn musuh.
Istilah bagi perkataan ngayau ialah bermaksud satu ekspedisi sekumpulan manusia yang pergi menyerang perkampungan atau rumah panjang orang lain yang mana dikenali sebagai "Kayau Serang". Erti kayau serang ialah sekumpulan besar manusia berhimpun dan berkumpul menjadikan satu kelompok yang besar setelah dipanggil oleh seorang ketua dan merancang untuk mengatur satu serangan terhadap pihak musuh yang mana mereka adalah datang beremai-ramai daripada rumah panjang yang berlainan untuk menyerang musuh mengikut kata-kata arahan daripada ketua mereka yang dikenali sebagai "Tuai Kayau" atau "Tuai Serang". 


Satu lagi jenis serangan yang dilakukan dengan sekelompok jumlah pengikut nya yang kecil dan ia dikenali sebagai "Kayau Anak". Kayau Anak adalah satu serangan yang sangat ditakuti pada zaman dahulu kala. Erti kayau anak ialah satu ekspedisi serangan terhadap musuh yang diatur oleh sekumpulan kecil penduduk yang terdiri dalam lingkungan dua puluh orang pahlawan perang yang cukup berani menentang pihak musuh atau lebih kecil daripada itu. Mereka pergi menyerang musuh ketika dalam perjalanan ke sawah bendang, dalam perjalanan mandi ke sungai atau sedang mencari paku pakis didalam hutan atau sedang berburu dan berikan di dalam hutan.
Di dalam penceritaan lisan nenek moyang masyarakat suku kaum iban, aktiviti ngayau aktiviti ngayau hanya dilakukan ketika melawan dan bertembung dengan pihak musuh. Ini kerana pada zaman dulu kala suku iban sentiasa hidup berpindah-randah dan tidak tetap di satu-satu tempat (nomad). Ketika perpindahan ini lah mengakibatkan mereka sering kali bertemu dengan pihak musuh di mana musuh sering kali melakukan serangan di tempat mereka untuk merebut tempat atau pun hasil sumber makanan. Disebabkan itu juga aktiviti ngayau sering diamalkan dahulu kala dengan sesama suku kaum iban. Istilah ngayau pada masa dahulu kala adalah menahan/menangkap dan membunuh musuh. Walaupun begitu para wanita dan kanak-kanak harus dibawa pulang untuk dijadikan hamba pada pihak ngayau yang telah menang.

Selepas kemenangan pihak yang telah kalah dalam aktiviti ngayau badi yang masih hidup mahupun mati diraikan dengan adat tradisi iban. Bagi yang masih hidup mereka ini tidak disiksa sebaliknya disambut dengan penuh hormat iaitu disambut dengan adat tradisi iban yang diberikan nama "Gawai Bertembung". Gawai Bertembung merupkan tradisi yang besar erti nya bagi suku iban, dimana pihak yang kalah diambil sebagai hamba. Walaupun begitu mereka tidak lah diperlakukan seperti hamba ada sesetengah nya diambil sebagai anak angkat dan juga isteri. Namun ada satu tradisi dimana hamba tidak harus digelar/diperlakukan sebagai hamba iaitu melalui tradisi "Adat Tubun Tunggu".

Bagi pihak lelaki yang telah berjaya memenggal kepala musuh dalam aktiviti ngayau ini tadi mereka digelar sebagai "Bujang Berani" atau sama erti dengan pahlawan suku kaum yang lain. Disebabkan keberanian mereka telah dihormati dan disanjung kerana ketangkasan dan kegagahan mereka ketika menentang pihak musuh. Maka atas sebab keberanian, kekuatan, ketangkasan, pengorbanan jiwa mulailah suku iban pada zaman dahulu berasa bangga dan terus melakukan ekspedisi serang ngayau untuk membalas dendam keatas kematian ahli keluarga mereka yang terkorban di tangan pihak musuh tanpa sebarang sebab yang tidak diketahui.

Satu tradisi dimana pahlawan yang berjaya melakukan ekspedisi ngayau akan diberikan satu tanda keberanian di tubuh badan nya yang dikenali sebagai tatu atau cacah badan yang bercorak hitam. Tatu ini dikenali sebagai "Ukir" atau "Kelingai". Mereka juga mengenakan topi yang dipanggil "ketapu" atau "Selapok Bedunjang" yang mana topi tersebut dihiasi dengan bulu merak atau kenyalang. Mereka juga mengenakan baju yang diperbuat daripada kulit binatang iaitu harimau.
Menurut penceritaan lisan zaman dahulu kala ngayau dimulakan oleh seorang dewa suku iban yang bernama "keling" atas keberanian beliau telah diberikan nama jolokan "Keling Gerasi Nanding, Bujang Berani Kempang Maioh Rambang". Manakala versi yang lain pula pemenggalan kepala musuh itu dilakukan oleh seorang lagi dewa yang bernama "Lang Sengalang Burong" ketika bberperang menentang inggeris di lautan belantara. Maka kerana terlalu marah ketika menyertai ekspedisi ngayau tiba-tiba lang sengalang burong terus memenggal kesemua mayat musuh yang telah berjaya dibunuh dan seterusnya bahagian kepala di bawa balik kerumah panjang sebagai bukti bahawa dia adalah "Bujang Berani" atau seorang pahlawan yang sebenar.
Cerita aktiviti ngayau ini pernah ditulis dalam buku karya Bock dalam tahun 1881 yang berjudul THE HEAD HUNTERS OF BORNEO yang menceritakan suku kaum iban merupakan suku kaum yang tinggal di kepulauan Borneo yang dikenali ramai kerana keberanian berkorban nyawa hingga ke titisan darah yang terakhir. Dalam buku yang ditulis seorang pengarang novel yang bernama MILLER pada tahun 1946 yang berjudul BLACK BORNEO. Dia menyatakan bahawa semua pahlwanan perang suku iban yang pergi ngayau mempunyai kekuatan, ketangkasan dan keberanian yang luar biasa daripada manusia biasa yang lain. Dan apa yang berlaku ke atas pahlwan tersebut yang mempunyai kuasa yang luar biasa tidak diketahui dari mana puncanya ketika berlawan dengan pihak musuh lebih-lebih lagi apabila mereka telah berjaya memenggal kepala musuh mereka.
Manakala dalam buku yang ditulis oleh MC KINLEY dalam tahun 1976, dia bertanya kenapa suku iban apabila mereka selamat dari aktiviti ngayau zaman dahulu mesti membawa balik kepala manusia yang telah dipanggal dan tidak membawa bahagian yang badan yang lain. Ianya sebagai tanda keberanian mereka selaku seorang pahlawan dan dalam pendapat beliau bahawa suku iban merasa bangga apabila balik daripada ekspedisi ngayau dan membawa bersama kepala musuh yang telah berjaya dibunuh sebagai tanda kemenangan kerana suku iban percaya bahawa kepala musuh adalah sama seperti tubuh badan manusia berkenaan kerana daripada gaya rupa atau wajah tersebut dengan mudah mengenali siapakah orang itu dan juga membolehkan mereka mengetahui siapakah suku sakat mangsa pembunuhan semasa serangan ngayau.
Walau bagaimanapun bagi suku kaum iban yang dikenali dan terbilang di dalam perkara tradisi ngayau, suku kaum iban tidak pernah mungkar (memulakan) pergaduhan jika tiada sesiapa pun yang memulakan pergaduhan. Suku kaum iban dikenali pada masyarakat tempatan mempunyai sifat penyabar, ramah dan tidak suka menbuat kekacauan. Dalam kehidupan bermasyarakat suku iban tetap menerima para tetamu dengan layanan yang baik dan sentiasa menjaga warisan nenek moyang baik dari segi agama mahupun ritual. 


Dipetik dari - http://www.onesantanblogs.com




No comments:

Post a Comment