Suku Dayak seperti yang diketahui merupakan kelompok asli terbesar dan tertua yang telah mendiami kepulauan Borneo. Pada masa dahulu kala, suku dayak adalah sangat digeruni dimana suku dayak dipercayai telah mempraktikan satu tradisi yang dikenali sebagai "Ngayau" atau memburu kepala. Khas nya bagi eknik suku Iban dan suku kenyah merupakan dua dari suku Dayak yang memiliki adat ngayau. Ngayau merupakan aktiviti ekspedisi serangan yang dilakukan dalan adat tradisi suku kaum dayak Iban pada suatu masa dahulu. Pada mulanya ngayau dilakukan atau dimulakan daripada asal usul kaum dayak Mengayau iaitu salah satu daripada kaum yang tinggal di kalimantan Barat Indonesia. Pada tradisi ngayau yang sesungguhnya adalah tidak lepas daripada aktiviti pemenggalan kepala manusia dari pihakn musuh.
Istilah bagi perkataan ngayau ialah bermaksud satu ekspedisi sekumpulan manusia yang pergi menyerang perkampungan atau rumah panjang orang lain yang mana dikenali sebagai "Kayau Serang". Erti kayau serang ialah sekumpulan besar manusia berhimpun dan berkumpul menjadikan satu kelompok yang besar setelah dipanggil oleh seorang ketua dan merancang untuk mengatur satu serangan terhadap pihak musuh yang mana mereka adalah datang beremai-ramai daripada rumah panjang yang berlainan untuk menyerang musuh mengikut kata-kata arahan daripada ketua mereka yang dikenali sebagai "Tuai Kayau" atau "Tuai Serang".
Satu lagi jenis serangan yang dilakukan dengan sekelompok jumlah pengikut nya yang kecil dan ia dikenali sebagai "Kayau Anak". Kayau Anak adalah satu serangan yang sangat ditakuti pada zaman dahulu kala. Erti kayau anak ialah satu ekspedisi serangan terhadap musuh yang diatur oleh sekumpulan kecil penduduk yang terdiri dalam lingkungan dua puluh orang pahlawan perang yang cukup berani menentang pihak musuh atau lebih kecil daripada itu. Mereka pergi menyerang musuh ketika dalam perjalanan ke sawah bendang, dalam perjalanan mandi ke sungai atau sedang mencari paku pakis didalam hutan atau sedang berburu dan berikan di dalam hutan.
Di dalam penceritaan lisan nenek moyang masyarakat suku kaum iban, aktiviti ngayau aktiviti ngayau hanya dilakukan ketika melawan dan bertembung dengan pihak musuh. Ini kerana pada zaman dulu kala suku iban sentiasa hidup berpindah-randah dan tidak tetap di satu-satu tempat (nomad). Ketika perpindahan ini lah mengakibatkan mereka sering kali bertemu dengan pihak musuh di mana musuh sering kali melakukan serangan di tempat mereka untuk merebut tempat atau pun hasil sumber makanan. Disebabkan itu juga aktiviti ngayau sering diamalkan dahulu kala dengan sesama suku kaum iban. Istilah ngayau pada masa dahulu kala adalah menahan/menangkap dan membunuh musuh. Walaupun begitu para wanita dan kanak-kanak harus dibawa pulang untuk dijadikan hamba pada pihak ngayau yang telah menang.
Selepas kemenangan pihak yang telah kalah dalam aktiviti ngayau badi yang masih hidup mahupun mati diraikan dengan adat tradisi iban. Bagi yang masih hidup mereka ini tidak disiksa sebaliknya disambut dengan penuh hormat iaitu disambut dengan adat tradisi iban yang diberikan nama "Gawai Bertembung". Gawai Bertembung merupkan tradisi yang besar erti nya bagi suku iban, dimana pihak yang kalah diambil sebagai hamba. Walaupun begitu mereka tidak lah diperlakukan seperti hamba ada sesetengah nya diambil sebagai anak angkat dan juga isteri. Namun ada satu tradisi dimana hamba tidak harus digelar/diperlakukan sebagai hamba iaitu melalui tradisi "Adat Tubun Tunggu".
Bagi pihak lelaki yang telah berjaya memenggal kepala musuh dalam aktiviti ngayau ini tadi mereka digelar sebagai "Bujang Berani" atau sama erti dengan pahlawan suku kaum yang lain. Disebabkan keberanian mereka telah dihormati dan disanjung kerana ketangkasan dan kegagahan mereka ketika menentang pihak musuh. Maka atas sebab keberanian, kekuatan, ketangkasan, pengorbanan jiwa mulailah suku iban pada zaman dahulu berasa bangga dan terus melakukan ekspedisi serang ngayau untuk membalas dendam keatas kematian ahli keluarga mereka yang terkorban di tangan pihak musuh tanpa sebarang sebab yang tidak diketahui.
Satu tradisi dimana pahlawan yang berjaya melakukan ekspedisi ngayau akan diberikan satu tanda keberanian di tubuh badan nya yang dikenali sebagai tatu atau cacah badan yang bercorak hitam. Tatu ini dikenali sebagai "Ukir" atau "Kelingai". Mereka juga mengenakan topi yang dipanggil "ketapu" atau "Selapok Bedunjang" yang mana topi tersebut dihiasi dengan bulu merak atau kenyalang. Mereka juga mengenakan baju yang diperbuat daripada kulit binatang iaitu harimau.
Menurut penceritaan lisan zaman dahulu kala ngayau dimulakan oleh seorang dewa suku iban yang bernama "keling" atas keberanian beliau telah diberikan nama jolokan "Keling Gerasi Nanding, Bujang Berani Kempang Maioh Rambang". Manakala versi yang lain pula pemenggalan kepala musuh itu dilakukan oleh seorang lagi dewa yang bernama "Lang Sengalang Burong" ketika bberperang menentang inggeris di lautan belantara. Maka kerana terlalu marah ketika menyertai ekspedisi ngayau tiba-tiba lang sengalang burong terus memenggal kesemua mayat musuh yang telah berjaya dibunuh dan seterusnya bahagian kepala di bawa balik kerumah panjang sebagai bukti bahawa dia adalah "Bujang Berani" atau seorang pahlawan yang sebenar.
Cerita aktiviti ngayau ini pernah ditulis dalam buku karya Bock dalam tahun 1881 yang berjudul THE HEAD HUNTERS OF BORNEO yang menceritakan suku kaum iban merupakan suku kaum yang tinggal di kepulauan Borneo yang dikenali ramai kerana keberanian berkorban nyawa hingga ke titisan darah yang terakhir. Dalam buku yang ditulis seorang pengarang novel yang bernama MILLER pada tahun 1946 yang berjudul BLACK BORNEO. Dia menyatakan bahawa semua pahlwanan perang suku iban yang pergi ngayau mempunyai kekuatan, ketangkasan dan keberanian yang luar biasa daripada manusia biasa yang lain. Dan apa yang berlaku ke atas pahlwan tersebut yang mempunyai kuasa yang luar biasa tidak diketahui dari mana puncanya ketika berlawan dengan pihak musuh lebih-lebih lagi apabila mereka telah berjaya memenggal kepala musuh mereka.
Manakala dalam buku yang ditulis oleh MC KINLEY dalam tahun 1976, dia bertanya kenapa suku iban apabila mereka selamat dari aktiviti ngayau zaman dahulu mesti membawa balik kepala manusia yang telah dipanggal dan tidak membawa bahagian yang badan yang lain. Ianya sebagai tanda keberanian mereka selaku seorang pahlawan dan dalam pendapat beliau bahawa suku iban merasa bangga apabila balik daripada ekspedisi ngayau dan membawa bersama kepala musuh yang telah berjaya dibunuh sebagai tanda kemenangan kerana suku iban percaya bahawa kepala musuh adalah sama seperti tubuh badan manusia berkenaan kerana daripada gaya rupa atau wajah tersebut dengan mudah mengenali siapakah orang itu dan juga membolehkan mereka mengetahui siapakah suku sakat mangsa pembunuhan semasa serangan ngayau.
Walau bagaimanapun bagi suku kaum iban yang dikenali dan terbilang di dalam perkara tradisi ngayau, suku kaum iban tidak pernah mungkar (memulakan) pergaduhan jika tiada sesiapa pun yang memulakan pergaduhan. Suku kaum iban dikenali pada masyarakat tempatan mempunyai sifat penyabar, ramah dan tidak suka menbuat kekacauan. Dalam kehidupan bermasyarakat suku iban tetap menerima para tetamu dengan layanan yang baik dan sentiasa menjaga warisan nenek moyang baik dari segi agama mahupun ritual.
Dipetik dari - http://www.onesantanblogs.com

Di mana Rentap, di mana Rosli Dhobi,di mana hulu balang lagenda Keling, dimana 'Lakin Ayau' zaman memenggal kepala?. Zaman pra-kaloni dan pejajahan keluarga Brook telah lama berlalu,mungkin sekarang tibanya zaman penjajahan cara baru?. Sedar akan kehilangan taring masyarakat Dayak, ada pihak memanipulasi keadaan dan menggunakan peluang ini sepenuhnya bagi memenuhi kerakusan mengejar keuntungan. Banyak syarikat kroni telah mengaut keuntungan berbilion ringgit. Perkongsian kepentingan ini mungkin merelakan tindak-tanduk yang mengetepikan batasan kemanusiaan dan hak asasi penduduk Dayak yang rata-ratanya masih dibelenggu dengan kemiskinan. Dalam isu tanah NCR, ada yang masih takut dengan peruntukan Kanun Tanah Sarawak yang sengaja dibuat oleh pembuat undang-undang bagi terus melenyapkan tanah asal.Takut dengan 'gangster' yang diupah oleh syarikat balak. Takut dengan ketua masyarakat dan YB yang berkomplot dengan syarikat balak.Dayak di dalam keadaan tertekan apabila jentera kerajaan seperti polis dan Land & Survey menutup sebelah mata. Bagi syarikat yang sudah kaya, mereka sanggup mengupah 'gangster' melindungi mereka dan mengugut orang kampung. Tindakan ini dilakukan secara terbuka dan tidak diambil serius oleh pihak polis dan mungkin mereka ingin peristiwa di Ulu Niah dulu akan berulang lagi?. Atau mungkinkah mereka ingin tahu tahap kesabaran penduduk asal mempertahankan hak mereka. Jika kompeni dan gangster berani bertindak kerana wang, adakah orang asal tidak berani kerana hak mereka?.Laporan oleh MBF (Borneo Manser Fund)dibawah benar-benar hampir ke tahap batas kesabaran masyarakat asal.
Kini syarikat dan kerajaan bertindak ala samseng dalam merampas hak orang asal atas nama 'pembagunan' yang dicanangkan. Ini bukan masalah baru, tetapi sudah lama berlaku di kawasan pedalaman. Malah ada gangster yang boleh membuka syarikat balak sendiri dan mencuri kayu balak. Di Baram umpanya, kesemua syarikat balak mengupah 'gangster' menjaga operasi mereka. Perusahaan kilang papan Temala suatu ketika,dipenuhi dengan pekerja Indonesia yang tidak ada permit. Di dalam tempoh tersebut limpahan mereka menggalak aktiviti tidak menyihatkan termasuk 'sabung ayam', berjudi, pengedaran pil aktasi dan juga kerap terlibat dengan pergaduhan yang pernah meyebabkan kematian. Ada yang mengupah pekerja berbangsa cina yang tidak ada kerja dan semata-mata menjaga kem balak sahaja. Adakah pihak berkuasa buta menanggani masalah ini? masalah budaya samseng
Laporan: Borneo Manser Fund
di petik dari - http://suaratelangusan.blogspot.com
27 – 29 Mac 2005
Hotel Harbour View, Kuching
KAMI, Ketua-Ketua masyarakat, ahli-ahli Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ahli-ahli Persatuan-Persatuan Orang Asal, ahli-ahli Persatuan Rumah Panjang/Kampung serta wakil-wakil Rumah Panjang masyarakat Orang Asal di Sarawak telah bermesyuarat di Hotel Habour View, Kuching, Sarawak pada 28 – 29 Mac 2005 sempena Seminar mengenai Hak Tanah Orang Asal yang dianjurkan oleh SUHAKAM untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat kami.
Terlebih dahulu, kami ingin menyampaikan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pihak SUHAKAM kerana memulakan inisiatif untuk menganjurkan Seminar sebegini yang julung kali diadakan untuk seluruh Negeri Sarawak. Adalah diharapkan bahawa inisiatif sebegini dapat diteruskan oleh pihak SUHAKAM bukan sahaja di Sarawak tetapi di seluruh Malaysia demi melindungi hak Orang Asal di Negara yang kita cintai ini.
Hasil daripada perbincangan tersebut, kami telah mengenal pasti isu dan masalah yang sedang kami hadapi seperti berikut:
1. Kawasan Tanah Adat kami diceroboh oleh syarikat-syarikat swasta untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembalakan, perladangan komersial secara besar-besaran dan pembangunan-pembangunan yang lain tanpa terlebih dahulu mendapat izin dan persetujuan dari kami;
2. Pencerobohan oleh syarikat-syarikat swasta tersebut telah melanggar adat, budaya dan tatasusila kaum masyarakat kami. Syarikat-syarikat tersebut juga tidak menghormati Hak Adat kami dan telah mencabuli hak tanah NCR kami terutamanya ke atas “Pulau” dan “Pemakai Menoa” kami;
3. Kerajaan Negeri Sarawak sering kali mengeluarkan “Provisional Lease” dan lesen pembalakan sebarangan kepada syarikat-syarikat swasta yang melibatkan kawasan Tanah Adat kami tanpa terlebih dahulu memaklum dan mendapat keizinan bebas kami (without our free prior informed consent);
4. Tempoh 60 hari daripada tarikh warta dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri kepada masyarakat kami untuk mengemukakan tuntutan pampasan ganti-rugi terhadap harta-benda kami sekiranya Tanah Adat kami diambil milik /dihapus (acquired) oleh Kerajaan Negeri adalah terlalu singkat dan warta tersebut tidak tersebar ke semua lapisan masyarakat kami;
5. Pampasan yang kami terima daripada Kerajaan Negeri jika Tanah Adat kami diambil milik oleh Kerajaan adalah hanya untuk harta-benda dan tanaman yang terdapat di atas Tanah Adat kami dan tidak termasuk nilai sebenar tanah tersebut. Pampasan yang diterima untuk harta-benda dan tanaman kami juga tidak setimpal dengan nilai pasaran terkini;
6. Kebanyakkan Tanah Adat kami tidak mempunyai rekod atau dokumen rasmi yang mengesahkan bahawa Tanah Adat yang kami duduki adalah hak milik kami. Kerajaan Negeri tidak menjalankan survei pemetaan ke atas sempadan kawasan Tanah Adat kami oleh itu sering terjadi konflik di antara pihak kami dengan syarikat-syarikat swasta;
7. Akibat daripada aktiviti-aktiviti pembalakan, perladangan dan industri-industri ekstraktif yang dilaksanakan di atas Tanah Adat kami maka terjadinya kerosakkan terhadap tanaman-tanaman serta harta benda kami. Pencemaran alam sekitar juga sering berlaku, contohnya berlakunya tanah runtuh, air sungai menjadi keruh dan cetek akibat lumpur lalu mengakibatkan banjir dan serta menjejaskan sumber air minuman kami.
Dengan Kenyataan ini kami mengesa SUHAKAM untuk meyarankan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak untuk:
1. melindungi Hak Adat (NCR) dan hak-hak kami di atas tanah adat serta sumber daya kami dengan meminda Seksyen 5(3) Kanun Tanah Sarawak (Sarawak Land Code) berkenaan dengan penghapusan Hak Adat masyarakat Orang Asal ke atas Tanah Adat untuk tujuan umum di mana sebelum hak masyarakat orang asal ke atas Tanah Adat dihapuskan suatu sesi dialog harus diadakan dengan masyarakat yang terlibat;
2. menjalan survei pemetaan dan merekodkan semua tanah NCR masyarakat Orang Asal di Sarawak serta memberikan dokumen rasmi yang mengesahkan hak milik Orang Asal ke atas Tanah Adat, dengan ini, konflik tentang kawasan dan hak-hak tanah antara masyarakat orang asal dan kerajaan dapat di atasi;
3. menghentikan pengeluaran “provisional lease” dan lesen pembalakan secara sebarangan kepada syarikat-syarikat perladangan dan pembalakan yang melibatkan kawasan tanah NCR kami sehingga survei pemetaan dapat dilaksanakan untuk menentukkan lokasi dan keluasan “Provisional Lease” dan lesan balak tersebut dan mengeluarkannya daripada Tanah Adat kami sekiranya didapati telah memasuki kawasan tersebut;
4. mengarahkan syarikat-syarikat swasta yang beroperasi dalam kawasan Tanah Adat kami untuk menghentikan kegiatan mereka dengan segera sehingga pertikaian hak ke atas tanah tersebut diselesaikan;
5. menghapuskan tempoh 60 hari untuk warta kerajaan yang mewartakan pengambilan hak milik Tanah Adat kepada Tanah Kerajaan dan sebaliknya mengadakan perbincangan dengan semua pemilik tanah yang terlibat sehingga sebuah penyelesaian dipersetujui oleh semua pihak;
6. mengumum dan mengedar salinan warta kerajaan tentang projek atau rancangan kerajaan yang berkaitan dengan hak NCR kami kepada tiap-tiap rumah panjang/kampung di kawasan yang terlibat/terjejas oleh warta tersebut;
7. memberitahu dan mengadakan perjumpaan dengan semua lapisan masyarakat rumah panjang/kampung mengenai perancangan pembangunan tanah adat di kawasan kami, seterusnya menghormati segala keputusan yang diambil oleh masyarakat kami;
8. membayar pampasan untuk Tanah Adat yang diambil milik oleh kerajaan yang setimpal dengan nilai pasaran terkini dan tidak terhad kepada tanam-tanaman dan harta-benda di atas tanah tetapi termasuk nilai sebenar tanah tersebut;
9. mengubal dan meminda undang-undang yang melibatkan hak masyarakat Orang Asal supaya ia mesra Orang Asal serta menyokong undang-undang adat masyarakat Orang Asal demi memperkukuhkan hak mereka dan bukannya menghakis hak tersebut;
10. meminda Kanun Tanah Sarawak untuk khususnya memasuki “pulau”, “temuda” dan “pemakai menoa” di bawah definisi Tanah Adat Orang Asal (Native Customary Land) di bawah Seksyen 2 Kanun tersebut;
11. meminda Bahagian IV “Practice of Land Surveyors ETC.” Seksyen 17 Ordinan Jurukur Tanah (Land Surveyors Ordinance) yang mengatakan “without prejudice to Section 104 of the Code, no person shall unless he is a land surveyor” dengan “Nothing in this Ordinance shall affect the righ of any person, not being a land surveyor to undertake surveys other than title surveys”.
12. menubuhkan suatu pesuruhanjaya bebas khas (National Native Land Commission) untuk mengendali hal-hal dan menyelesaikan isu-isu yang melibatkan hak masyarakat Orang Asal di Malaysia.
Maka kami dengan sebulat suara menyatakan sokongan kami ke atas usaha yang diambil untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah kami seperti di atas:
Nama/Persatuan:
1. Jetli Jelian
Persatuan Kebajikan Masyarakat Nanga Tada (PKMNT), Kanowit
2. Usang Ak Labit
Persatuan Gerempong Anembiak Pelugau (GAP), Balingian
3. Nyalau Ak Geli
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)
4. Bangau Ak Panggai
Persatuan Gerempong Rakyat Ulu Balingian – Ai Tepus (GERUBAT)
5. TR. Siba Ak Bunsu
Jaringan Tanah Hak Adat Bangsa Asal Sarawak (TAHABAS)
6. TR. Banyang Ak Ramai
ADC Rumah Banyang & Rumah Agam, Bintulu
7. Ibi Ak Uding
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Kpg. Merakai, Serian
8. Unus Ak Kalom
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Kpg. Sebuyau, Simunjan
9. Limi Ak Kundi
Melikin Bukar Sadong Association (MEBUSA), Kpg. Pa’on Gahat, Serian
10. TR. Christopher Ak Ambu
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman
11. Masa Ak Nangkai
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman
12. Jacob Ak Imang
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman
13. Anthony Belon
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman
14. TR. Engkana Ak Talap
Strap Ulu Land Development Action Committee (SULDAC), Sri Aman
15. Maurice Ak Aben
Persatuan Kebajikan Masyarakat Nanga Tada (PKMNT), Kanowit
16. Jesus Robin Ak Timboo
Persatuan Masyarakat Sungai Gelasah – Suai, Suai
17. Francis Ak Imban
Persatuan Masyarakat Iban Bong-Teru, Tinjar, Baram (BICA)
18. Pauli bin Amus
Kpg. Hilir Meludam, Betong
19. Kathleen Supang
Kpg. Abok, Pantu, Sri Aman
20. Walter Chambers Najod
21. Alias Bon Ak Ulat
Persatuan Rumah Ulat, Sungai Manong, Niah
22. Jeron Ak Loben
SADDA, Bau
23. Bihai Ak Nyah
JKKK Krokong, Bau
di petik dari - http://suaratelangusan.blogspot.com/